FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) SIRI 2: PENYEDIAAN LAPORAN HALA TUJU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG), VOLUNTARY LOCAL REVIEW (VLR) DAN SDG ROADMAP MDGM
PADA 08 JULAI 2026 | Dewan Perdana, Kompleks Perdana MDGM, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah mengadakan Focus Group Discussion (FGD) Siri 2 bagi penyediaan Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang merangkumi Voluntary Local Review (VLR) dan SDG Roadmap. Program yang berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana MDGM ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Ustaz Azman Bin Ahmad, Ketua WHIP MDGM yang mewakili Tuan Yang Dipertua MDGM, YBrs. TPr. Haji Che Rasid Bin Che Seman, Pengarah Projek Khas Urbanice Malaysia, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian MDGM, wakil agensi teknikal, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil komuniti.
Pelaksanaan FGD Siri 2 ini bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan, di samping mengesahkan dapatan kajian serta mengenal pasti hala tuju dan keutamaan strategik pembangunan bandar yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Usaha ini mencerminkan komitmen MDGM dalam memperkukuh tadbir urus, merancang pembangunan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan demi kesejahteraan masyarakat serta kemajuan Daerah Gua Musang.