OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN PREMIS PENJUALAN VAPE DI GUA MUSANG
PADA 27 JULAI 2026 (ISNIN), Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang telah melaksanakan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Premis Penjualan Vape di sekitar daerah Gua Musang. Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta syarat pelesenan yang berkuat kuasa, di samping membanteras aktiviti penjualan produk vape yang melanggar peraturan.
Hasil operasi ini sebanyak 3 kompaun telah dikeluarkan dan 88 item melibatkan peranti dan cecair vape telah disita untuk tindakan lanjut. Majlis Daerah Gua Musang memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang dan akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi-agensi berkaitan dari semasa ke semasa. Para peniaga diingatkan agar sentiasa mematuhi segala syarat lesen dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan. MDGM komited memastikan persekitaran perniagaan yang teratur, selamat dan berintegriti demi menjaga kepentingan awam serta kesejahteraan masyarakat.