Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1

Phonebook

Feedback 1
Faq 6
Call 2

PROGRAM “JJALEY SANTAI” PERDANA BERSAMA YANG DIPERTUA MDGM 2026

    PADA 28 SAFAR 1448H / 12 OGOS 2026, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah menganjurkan Program “JJaley Santai” Perdana Bersama Yang Dipertua MDGM, bertemakan "One Night Is Not Enough". Program bermula di Stesen KTMB Lama, Bandar Lama Gua Musang dan berakhir di Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang.

    Program ini telah dirasmikan oleh YABrs. Encik Mohd. Roshdi bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang (MDGM). Turut hadir ialah Ketua WHIP, Ahli-ahli Majlis, Setiausaha MDGM, Ketua/Wakil Jabatan serta kakitangan MDGM. Program “JJaley Santai” Perdana ini dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta memperkukuh kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan Jabatan/Agensi di Jajahan Gua Musang disamping warga kerja MDGM. Berlangsung dalam suasana santai, mesra dan penuh kemeriahan, program ini memberi peluang kepada rakyat/pelanggan serta warga kerja untuk berinteraksi dan meluangkan masa bersama di luar suasana kerja rasmi. Pendekatan sebegini diharap dapat mewujudkan hubungan kerja yang lebih erat, harmoni dan saling menyokong. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YABrs. Yang Dipertua MDGM, barisan Ahli Majlis, Setiausaha, Ketua/Wakil Jabatan/Agensi di Gua Musang serta seluruh warga kerja MDGM atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga penganjuran Program “Jaley Santai” ini terus menjadi wadah dalam memperkukuh ukhuwah, kebersamaan dan semangat kekitaan warga MDGM. Bersama Menjalin Silaturahim, Memperkukuh Kebersamaan dan menjadikan Bandar Gua Musang Bersih, Indah, Ceria.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN