PERASMIAN HUB SONGKET JAJAHAN GUA MUSANG DI BANDAR CHIKU
PADA 21 RABIULAWAL 1448H / 03 SEPTEMBER 2026, usaha memartabatkan seni warisan tekstil tradisional Kelantan melakar satu lagi pencapaian menerusi pelancaran rasmi Hub Songket Jajahan Gua Musang yang disempurnakan oleh YABrs. Encik Mohd. Roshdi Bin Ismail Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang di sini, hari ini. Pusat sehenti yang dibangunkan bagi menyokong ekosistem tenunan songket tempatan itu bertujuan memperkasa komuniti penenun serta membuka akses pasaran yang lebih meluas kepada produk kraf tangan tradisional.
Pelancaran hub ini turut mendapat sokongan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan Majlis Daerah Gua Musang sebagai pemain industri kraf serta komuniti setempat. Dengan pembukaan hub tersebut, Gua Musang dijangka mampu menarik minat pelancong domestik dan luar negara yang ingin menyaksikan sendiri proses pembuatan songket secara langsung di samping menyokong pelancongan berasaskan warisan dan kebudayaan.