Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1

Phonebook

Feedback 1
Faq 6
Call 2

HARI CUCI MALAYSIA SEMPENA WORLD CLEANUP DAY 2026 PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG

    PADA 14 RABIULAKHIR 1448H / 26 SEPTEMBER 2026, Hari Cuci Malaysia sempena World Cleanup Day 2026 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah diadakan di Taman Tasik Perumahan Bandar Utama, Gua Musang. Ia diadakan serentak di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. En. Mohd. Roshdi Bin Ismail (Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang). Turut hadir ke majlis perasmian ialah Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha, Agensi-agensi jajahan Gua Musang, kakitangan MDGM serta para penduduk Bandar Utama Gua Musang. Program ini telah berlangsung dengan jaya dan mendapat sambutan yang amat baik daripada penyertaan para penduduk. Semoga kita dapat mewujudkan suasana bersih di Gua Musang ini.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN