KURSUS PENGURUSAN STRESS MDGM
GUA MUSANG, 06 Oktober 2026 (Selasa) – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Stress kepada kakitangan, bertempat di Dewan Persidangan Dato’ Haji Ismail bin Hassan, MDGM. Program ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Asrul Muzamil @ Amiruddin Bin Ismail (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam MDGM- AKRAB) selaku penceramah yang berkongsi ilmu, panduan serta pendekatan praktikal dalam mengurus tekanan dan stres secara berkesan, khususnya dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian serta tuntutan di tempat kerja.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja MDGM mengenai kepentingan pengurusan emosi, kesejahteraan diri serta keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk membantu warga kerja mengenal pasti faktor penyumbang kepada tekanan, mengurus emosi dengan lebih baik serta mengamalkan pendekatan yang positif dalam menangani situasi mencabar. Usaha ini selaras dengan komitmen MDGM dalam membentuk warga kerja yang sihat, sejahtera, produktif dan berdaya tahan, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif, harmoni dan kondusif. Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga kerja MDGM dalam meningkatkan kualiti kehidupan serta prestasi kerja.