Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1

Phonebook

Feedback 1
Faq 6
Call 2

LAWATAN KERJA YB PENGERUSI JAWATANKUASA KERJARAYA, INFRASTRUKTUR, AIR DAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR NEGERI KELANTAN KE JAJAHAN GUA MUSANG

    PADA 01 JAMADILAWAL 1448H / 12 OKTOBER 2026, YB. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, YB. Dato' Dr. Haji Izani bin Husin telah mengadakan lawatan kerja ke tapak kejadian tanah runtuh di Jalan Persekutuan FT08 (Jalan Gua Musang – Kota Bharu), Jajahan Gua Musang. Lawatan kerja yang bermula kira-kira jam 2.00 petang itu turut disertai oleh YBhg. Dato’ Mohd Roshdi Bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Dato' Yang Dipertua MDGM. Turut hadir Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis dan pegawai agensi terlibat bagi mengiringi YB Dato' Pengerusi Jawatankuasa untuk meninjau secara dekat keadaan semasa di lokasi kejadian. Tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai skala kerosakan serta menilai kestabilan struktur tanah dan keselamatan di laluan berkenaan. Antara perkara utama yang diberi penekanan sepanjang lawatan tersebut termasuk penilaian Infrastruktur Jalan: meneliti tahap kerosakan turapan dan tebing jalan bagi mengelakkan risiko hakisan susulan, tindakan mitigasi segera: mengidentifikasi langkah pembaikan awal serta pelan kerja jangka pendek dan panjang bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan penyelarasan agensi: memantapkan kerjasama antara Pejabat Jajahan Gua Musang, pihak teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Gua Musang serta agensi keselamatan berkaitan. YB Dato' Dr. Haji Izani menegaskan bahawa keselamatan awam merupakan keutamaan tertinggi. Beliau turut meminta pihak teknikal melaksanakan penilaian terperinci dengan kadar segera agar tindakan pembaikan yang bersesuaian dapat dimulakan tanpa sebarang kelewatan. Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan keselamatan, papan tanda amaran, serta menggunakan laluan alternatif yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh kawalan di lokasi terbabit.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN