Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1

Phonebook

Feedback 1
Faq 6
Call 2

KARNIVAL SUKAN JAJAHAN GUA MUSANG TAHUN 2026

    GUA MUSANG, 27 Oktober 2026 (Selasa) – Dewan Perdana, Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang, Gua Musang hari ini gempak dan meriah dengan penganjuran Karnival Sukan Jajahan Gua Musang Tahun 2026 yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dan warga kerja jabatan kerajaan setempat. Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBhg. Dato' Mohd. Roshdi Bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang (MDGM). Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato' menegaskan bahawa penganjuran sukan ini bukan sekadar platform persaingan sihat di atas gelanggang, malah menjadi wadah utama dalam mengukuhkan hubungan silaturahim, semangat kesukanan, dan kerjasama strategik antara agensi kerajaan serta rakyat di Jajahan Gua Musang.

    Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Jajahan Gua Musang, para kakitangan pelbagai agensi/jabatan, serta ratusan rakyat tempatan yang membanjiri Dewan Perdana bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing. Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai acara sukan dipertandingkan dengan mempamerkan sorakan padu dan semangat kesukanan yang tinggi daripada para peserta dan penyokong. Penganjuran Karnival Sukan Jajahan 2026 ini membuktikan komitmen berterusan pihak pentadbiran jajahan dalam membudayakan gaya hidup cergas dan sihat dalam kalangan penjawat awam serta masyarakat setempat.

    Kejayaan penganjuran program ini diharapkan terus menjadi pemangkin kepada keharmonian, kesetiaan, dan kemakmuran bersama seluruh warga Gua Musang.

    “Sukan Menyatukan Kita, Gua Musang Sejahtera Bersama.”

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN