MAJLIS ANGKAT SUMPAH YANG DIPERTUA BAHARU MAJLIS DAERAH GUA MUSANG
PADA 19 NOVEMBER 2026, berlangsung Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan oleh YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang yang baharu dihadapan YB. Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Kelantan. Sebelum ini YABrs. En Mohd Shaifudeen merupakan YDP Majlis Daerah Kuala Krai. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada beliau atas pelantikan ini. Saya menaruh harapan besar agar kepimpinan baharu Majlis Daerah Gua Musang mampu melonjakkan pembangunan bandar Gua Musang ke tahap yang lebih cemerlang. Gua Musang mempunyai kelebihan strategik sebagai pintu gerbang utama masuk ke Negeri Kelantan dari arah selatan, selain kedudukannya yang bersempadan dengan Pahang, Perak dan Terengganu yang berpotensi sebagai bandar nukleus negeri Kelantan.




