MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2022 YANG DIPERTUA BERSAMA KAKITANGAN
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Yang Dipertua bersama kakitangan MDGM pada 12 Januari 2022, bertempat di dewan KESUMA MDGM. Majlis telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Ab Pattah Bin Hasbullah (Yang Dipertua), hadir sama dalam majlis ini YBrs. En Nik Ahmad Shazzwan Bin Nek Mumhammad (Setiausaha), pen. setiausaha, ketua-ketua bahagian dan semua kakitangan Majlis. Dalam amanat tersebut Yang Dipertua telah menyarankan supaya anggota kakitangan menyahut dan mendokong dasar Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Dasar "Kelantanku Bersih" sejak dua tahun lepas. Yang Dipertua memohon semua kakitangan menghayati dan menterjemahkan dasar ini di dalam penugasan harian terutama di Bahagian Kebersihan & Keceriaan Bandar. Yang Dipertua juga mengingatkan semua kakitangan supaya menumpukan gerak kerja sepenuhnya dalam misi MDGM ke arah Majlis Perbandaran 2025. Di samping itu kakitangan diingatkan sentiasa mendokong konsep "Figh Muwazanat" iaitu satu konsep yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Harapan besar Yang Dipertua kepada pengurusan dan kakitangan MDGM adalah menanam nilai-nilai murni dan membudayakan 10 prinsip dalam melaksanakan tugas dan amanah kerja seharian iaitu keseimbangan, keutamaan, kolaborasi, kebersamaan, sebaran maklumat, kepedulian, atasi kelemahan, penilaian, keterbukaan dan integriti seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik yang berpaksikan motto 'MDGM dihati rakyat'.