A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Tujuan & Latar Belakang

TUJUAN

Manual ini disediakan sebagai rujukan kepada semua jabatan/agensi sektor kerajaan Negeri Kelantan dalam melaksanakan prinsip UMI iaitu Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. Melalui manual ini juga diperjelaskan tentang latar belakang prinsip UMI, konsep, pembentukan jawatankuasa, tatacara pengauditan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan UMI serta syarat-syarat kelayakan untuk mendapat pensijilan UMI. Justeru, jabatan atau agensi sektor kerajaan Negeri Kelantan digalakkan untuk menyediakan panduan pelaksanaan prinsip UMI yang khusus sebagai panduan untuk jabatan masing-masing dan membentuk satu jawatankuasa khusus demi memastikan prinsip ini dapat diaplikasikan oleh setiap warga kerja.

 

LATAR BELAKANG

Slogan 'Membangun Bersama Islam' telah menjadi dasar pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan berasaskan kepada prinsip UMI, iaitu Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. Ia bermula dengan penerangan tentang setiap prinsip tersebut dan seterusnya analisis tentang epistemologi dan tasawwur prinsip-prinsip tersebut. Melalui dasar ‘Membangun Bersama Islam’ ini, kerajaan Negeri Kelantan banyak memperkenalkan program Islamisasi dalam pentadbiran dan pemerintahan. Di antara program, prinsip dan teras pemerintahan, terdapat tiga prinsip yang sangat penting yang dijadikan teras pemerintahan iaitu Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. Ketiga-tiga prinsip ini sentiasa disebut dan diterapkan kepada semua penjawat awam kerajaan negeri secara khususnya dan kepada seluruh rakyat Kelantan secara amnya. Kebiasaanya, Mantan Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat serta pegawai tertinggi negeri yang lain akan sentiasa menyebut prinsip UMI ini apabila bercakap mengenai pentadbiran negeri.

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini0
Semalam1
Minggu ini11
Bulan ini19
Jumlah136706

1
Online

12 Oktober 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Khamis 10 Oktober 2024, 12:04:34 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor