PROGRAM JELAJAH & MAJLIS PELANCARAN KELANTANKU BERSIH PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG 2022
Program Jelajah Kelantanku Bersih dan Majlis Pelancaran Kelantanku Bersih Peringkat Jajahan Gua Musang pada 07 Februari 2022 yang disempurnakan oleh YB. Dr. Haji Izani Bin Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan). Turut hadir YB. Hilmi Bin Abdullah (ADUN Guchil), YABrs. Tuan Haji Ab Pattah Bin Hasbullah (Yang Dipertua MDGM), YBrs. Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan SUK, Pegawai UPEN, Ahli-ahli Majlis dan Setiausaha MDGM. YB Dr. Pengerusi membuat lawatan ke Pejabat Majlis Daerah Gua Musang, Masjid Buluh, Pusat Riadah & Rekreasi Gua Musang dan meninjau Zon Kelantanku Bersih,Indah,Ceria di Jajahan Gua Musang.