GALA DINNER & APC KAKITANGAN MDGM 2022
GALA DINNER & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2021 MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah berlangsung pada 11 Mac 2022 di Kompleks Serbaguna MDGM. Majlis disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Ab Pattah Bin Hasbullah (Yang Dipertua MDGM) dan isteri. Turut hadir YBrs. Tuan Setiausaha dan isteri, Penolong Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan dan seluruh kakitangan MDGM. Majlis ini diraikan sempena acara penutup Hari Sukan kakitangan MDGM 2022. Dalam ucapan dan amanat Yang Dipertua kepada semua kakitangan beliau berharap supaya acara seperti ini dapat diteruskan bagi mengeratkan silaturahim di kalangan pengurusan dan kakitangan seterusnya dapat berganding bahu dalam satu pasukan bagi memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat. Majlis telah berjalan dengan lancar dan dalam suasana muhibbah kegembiraan di kalangan semua kakitangan.