A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

MANCING MANIA GUA MUSANG 2023

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah mengadakan acara tahunan Program Mancing Mania Gua Musang 2023 yang berlangsung pada 04 Mac 2023 (Sabtu) di Taman Tasik Gua Musang. Program ini telah disempurnakan perasmian dan penyampaian hadiah oleh YABrs. Tuan Haji Ab Pattah Bin Hasbullah (Ketua Jajajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua MDGM) dan isteri. Turut hadir dalam program ini YBrs. Tuan Setiausaha MDGM, Ahli-Ahli Majlis, YBrs. Pen. Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian dan kakitangan MDGM. Pelbagai acara menarik disediakan sempena program tersebut adalah pertandingan memancing, pertandingan kucing cantik & sihat, pertandingan suara burung dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Pihak Majlis juga membuka kaunter semakan dan bayaran kompaun parking, cukai taksiran, sewaan, turut menyokong penglibatan dalam program ini terdapat kaunter-kaunter perkhidmatan oleh jabatan/agensi/GLC serta lain-lain organisasi. Program ini telah mendapat sambutan yang membanggakan daripada masyarakat tempatan dan luar negeri selain mendapat liputan daripada pihak media massa dan elektronik. Hadiah-hadiah lumayan telah ditawarkan kepada pemenang pertandingan antaranya johan pemenang pertandingan memancing merangkul RM5000, pemenang cabutan bertuah mendapat sebuah motosikal dan lain-lain hadiah termasuk barangan elektrik, makanan, hamper dan sebagainya. Dianggarkan lebih 1500 orang pengunjung yang hadir menyaksikan acara yang penuh bersejarah ini. 

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini2
Semalam4
Minggu ini11
Bulan ini57
Jumlah136112

1
Online

24 April 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

Dasar Privasi

I-TEGUR
CUKAI TAKSIRAN
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
slot gacor