MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PTJGM & MDGM BERSAMA JABATAN DI JAJAHAN GUA MUSANG 2023
Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan Majlis Daerah Gua Musang Bersama Jabatan-Jabatan Negeri Di Jajahan Gua Musang Tahun 1444H/2023M yang telah diadakan pada 17 Mei 2023 di Kompleks Dewan Serbaguna MDGM (Pusat Sivik) Gua Musang. Majlis telah di raikan oleh YABrs. Tuan Haji Ab. Pattah Bin Hasbullah Ketua Jajahan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang dan isteri. Turut hadir YB. Ahli Parlimen Gua Musang, YB ADUN, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, pemimpin-pemimpin tempatan, pengurusan dan kakitangan Jabatan di Jajahan Gua Musang serta rakyat Gua Musang. Majlis telah berlangsung dengan penuh kegembiraan serta dalam suasana muhibbah antara satu sama lain.