KURSUS LATIHAN KOMPETENSI FUNGSIAN KAKITANGAN MDGM
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah menganjurkan Kursus & Latihan Kompetensi Fungsian kepada kakitangan (pemandu kenderaan) MDGM pada 18 Ogos 2023 (jumaat), yang berlangsung di Dewan Persidangan Dato' Haji Ismail Majlis Daerah Gua Musang. Kursus ini telah disampaikan oleh Pn. Nur Izzah Binti Bakar, selaku Jutera Mekanikal JKR Kelantan. Objektif kursus dan latihan ini adalah memberi latihan dan pendedahan prosedur berkaitan pengurusan kenderaan jabatan yang sistematik kepada semua pemandu kenderaan dalam melaksanakan tugasan harian. Turut hadir dalam kursus ini YBrs. En. Mohd Ruzuke Bin Ab Aziz, Ketua Jabatan Pembangunan & Kejuruteraan mewakili YBrs. Tuan Setiausaha MDGM.