MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG 2024
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) dengan kerjasama KELAB KEBAJIKAN, SUKAN & SOSIAL MDGM telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa kakitangan yang berlangsung pada 23 Ramadan 1445H bersamaan 03 April 2024M, bertempat di Dewan KESUMA MDGM. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. En Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Setiausaha), turut hadir YBrs. Penolong Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian/Unit, Ahli-Ahli Jawatankuasa KESUMA serta semua kakitangan. Majlis dimulakan dengan diserikan ucapan amanat Tuan Setiausaha dan majlis penyampaian bakul raya kepada semua pegawai dan kakitangan sempena menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba dan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama kakitangan. Program ini adalah acara tahunan pihak Majlis bagi meraikan kesyukuran semua kakitangan sempena menyambut bulan ramadan dan sambutan Aidilfitri.