A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

LAWATAN PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG (SPB-PBT) KPKT KE MDGM

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah menerima kunjungan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun 2024 ke Majlis Daerah Gua Musang pada 01 Julai 2024. Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-59 yang telah diadakan pada 02 Oktober 2007 untuk menilai tahap penyampaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negara. Berdasarkan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bil. 1 Tahun 2008, penilaian SPB-PBT pada asasnya akan diadakan setiap dua (2) tahun sekali. Objektif Penilaian SPB-PBT telah dilaksanakan sejak tahun 2008 yang bertujuan untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT kepada rakyat, pelanggan dan pemegang taruh (stakeholders) melalui satu sistem penilaian yang seragam, menempatkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai (1 – 5 Bintang) berdasarkan markah penilaian dan mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan prestasi melalui persaingan sihat di kalangan PBT.

 

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini0
Semalam1
Minggu ini17
Bulan ini17
Jumlah136490

1
Online

08 September 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

Dasar Privasi

MYSEJAHTERA
CUKAI TAKSIRAN
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
slot gacor