A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

LAWATAN PANEL PENILAIAN PERTANDINGAN KELANTANKU BERSIH 2024 KE GUA MUSANG

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah menerima kunjungan panel penilaian pertandingan Kelantanku Bersih 2024 daripada Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ke Majlis Daerah Gua Musang pada 22 Ogos 2024 (Khamis). Rombongan panel diketuai Puan Nor Rusahida Binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran & Kewangan) JKR Negeri Kelantan merangkap Ketua Panel dan ahli-ahli yang hadir. Ahli rombongan telah diraikan oleh YBrs. Encik Ahmad Hamdan Bin Ubaidah, selaku Setiausaha, YBrs. Penolong Setiausaha dan semua Ketua Jabatan/Bahagian MDGM. Terlebih dahulu ahli rombongan telah diberi taklimat ringkas berkaitan kategori yang diertai oleh pihak Majlis seterusnya semua panel penilai telah di bawa ke semua lokasi yang dipertandingkan. Majlis Daerah Gua Musang telah menyertai semua kategori Pertandingan Kelantanku Bersih 2024 antaranya Anugerah Kecemerlangan PBT, Ikon Kebersihan PBT, Taman Rekreasi PBT Terbersih dan Ceria, Taman Perumahan Terbersih, Pasar Awam PBT Terbersih dan Tandas Awam PBT Terbersih.

 

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini2
Semalam3
Minggu ini9
Bulan ini47
Jumlah136734

1
Online

23 Oktober 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Selasa 15 Oktober 2024, 11:17:58 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor