A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

PESTA JORAN MERDEKA GUA MUSANG 2024

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sukan dan Sosial MDGM (KESUMA) telah menganjurkan Pesta Joran Merdeka 2024 pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) di Taman Tasik Perdana, Gua Musang. Pelbagai acara menarik telah dilangsungkan selain daripada pertandingan memancing ikan di tasik antaranya aktiviti lain pertandingan kucing cantik & sihat, pertandingan suara burung dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Turut dibuka kaunter bayaran kompaun parking dan cukai taksiran MDGM bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan MDGM pada hari tersebut. Hadian menarik pertandingan telah disediakan oleh penganjur dengan Johan membawa pulang RM5,000.00, Naib Johan RM1,500.00 dan tempat ketiga RM1,000.00, hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh YBrs. En Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Setiausaha) dan YBrs. En Rosmadi Bin Abdul Wahab (Ketua WHIP MDGM). Pelbagai  barangan cabutan bertuah telah disediakan antaranya sebuah motosikal, program ini telah berlangsung dengan penuh jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pihak Majlis mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua pemenang serta orang ramai yang datang memeriahkan program tersebut seterusnya berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini2
Semalam3
Minggu ini9
Bulan ini47
Jumlah136734

1
Online

23 Oktober 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

Dasar Privasi

MYSEJAHTERA
CUKAI TAKSIRAN
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
slot gacor