LAWATAN PANEL NAZIRAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN (SUK) KE MDGM
PADA 13 NOVEMBER 2024, MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah menerima kunjungan Lawatan Panel Naziran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Hariff Bin Ghazali (Ketua Unit Audit Dalam), ahli-ahli panel telah diraikan oleh YBrs. En W Mohd Afiq Bin W Alias (Penolong Setiausaha) dan ketua-ketua unit MDGM. Objektif naziran ini adalah semak dan imbang bagi memantau tatakelola dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri/Persekutuan supaya sentiasa di patuhi oleh jabatan/agensi dalam memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada pelanggan/rakyat. Sebanyak 16 aspek naziran telah dinilai antaranya pengurusan/pentadbiran, tadbir urus kewangan, aduan awam, teknologi maklumat dan lain-lain.