Arkib Berita
PENUGASAN PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SOP COVID-19 DI GUA MUSANG
Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa. Pemantauan SOP dilakukan di sekitar jajahan Gua Musang bagi memastikan semua premis perniagaan dan orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.