A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2022 YANG DIPERTUA BERSAMA KAKITANGAN

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Yang Dipertua bersama kakitangan MDGM pada 12 Januari 2022, bertempat di dewan KESUMA MDGM. Majlis telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Ab Pattah Bin Hasbullah (Yang Dipertua), hadir sama dalam majlis ini YBrs. En Nik Ahmad Shazzwan Bin Nek Mumhammad (Setiausaha), pen. setiausaha, ketua-ketua bahagian dan semua kakitangan Majlis. Dalam amanat tersebut Yang Dipertua telah menyarankan supaya anggota kakitangan menyahut dan mendokong dasar Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Dasar "Kelantanku Bersih" sejak dua tahun lepas. Yang Dipertua memohon semua kakitangan menghayati dan menterjemahkan dasar ini di dalam penugasan harian terutama di Bahagian Kebersihan & Keceriaan Bandar. Yang Dipertua juga  mengingatkan semua kakitangan supaya menumpukan gerak kerja sepenuhnya dalam misi MDGM ke arah Majlis Perbandaran 2025. Di samping itu kakitangan diingatkan sentiasa mendokong konsep "Figh Muwazanat" iaitu satu konsep yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Harapan besar Yang Dipertua kepada pengurusan dan kakitangan MDGM adalah menanam nilai-nilai murni dan membudayakan 10 prinsip dalam melaksanakan tugas dan amanah kerja seharian iaitu keseimbangan, keutamaan, kolaborasi, kebersamaan, sebaran maklumat, kepedulian, atasi kelemahan, penilaian, keterbukaan dan integriti seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik yang berpaksikan motto 'MDGM dihati rakyat'.

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini2
Semalam1
Minggu ini3
Bulan ini10
Jumlah136134

1
Online

06 Mei 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Isnin 06 Mei 2024, 15:29:00 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor