A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

MAJLIS PERASMIAN TAMAN KONSERVASI RAFFLESIA TANAH TINGGI LOJING

YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN TAMAN KONSERVASI RAFFLESIA

Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra bersama Permaisuri Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Taman Konservasi Rafflesia Tanah Tinggi Lojing Highlands pada 22 Februari 2022 (Selasa).

Kira-kira 200 populasi Rafflesia dari spesies Kerri ditemui di hutan Kelantan. Sekali gus menjadikan pakma itu sebagai ikon baharu Eco-Pelancongan negeri ini.

Keunikan spesies Kerri ialah selain daripada spesies terbesar daripada lapan spesies yang ditemui di Malaysia, spesies ini mampu membiak di atas tanah dan di atas pokok, Hal ini menarik minat pelancong untuk datang melihat secara dekat.

Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob semasa menyembah ucapan berkata, keberangkatan Yang Teramat Mulia Tuanku berdua bukan sahaja dapat menyerikan majlis, bahkan sekali gus dapat memartabatkan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri mampan dan kaya dengan khazanah alam kurnian Allah SWT.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Timbalan Setiausaha, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Negeri.

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Semalam1
Minggu ini2
Bulan ini9
Jumlah136133

1
Online

06 Mei 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 24 April 2024, 16:51:02 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor