A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π— π—”π—¦π—π—œπ—— π—₯π—”π—­π—”π—Ÿπ—˜π—œπ—šπ—› (𝗕𝗔𝗛𝗔π—₯𝗨) π—šπ—¨π—” π— π—¨π—¦π—”π—‘π—š π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—”π—šπ—”π— π—” π—œπ—¦π—Ÿπ—”π—  & 𝗔𝗗𝗔𝗧 π—œπ—¦π—§π—œπ—”π——π—”π—§ π— π—˜π—Ÿπ—”π—¬π—¨ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—”π—‘

PADA 29 SYABAAN 1443H bersamaan 01 APRIL 2022M (JUMAAT)Β telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Masjid Razaleigh, Gua Musang kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Penyerahan masjid yang diinspirasi dari Masjidil Haram itu telah dihadiri Yang Berhormat Mulia, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK dan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.Β Hadir sama, YB. Sahibus Samahah Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, YB. Tuan Haji Abdul Aziz bin Yusoff, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid Razaleigh dan YB. Tuan Mohd Syahbuddin bin Hashim, YB. Tuan Amran bin Arifin, ADUN Paloh serta YABrs. Tuan Haji Ab Pattah bin Hasbullah, Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang.

Pada majlis itu, YB Ab. Aziz juga ADUN Nenggiri telah menyerahkan replika kunci buat Tuan Haji Zulkifle sebagai gimik penyerahan Masjid Razaleigh yang bernilai RM35.1 juta itu kepada MAIK.Β Sebagaimana titah Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, pada majlis ini, MAIK sentiasa memyambut baik usaha semua pihak yang merancang serta melaksanakan pembangunan untuk syiar Islam terutamanya dalam membangunkan masjid bermula dari pewakafan tanah, pengurusan kitipan derma dan pembinaan, sehinggalah pelantikan pegawai masjid adalah di bawah tanggungjawab pihak MAIK.

Masjid Razaleigh juga telah diperkenankan untuk dinaiktaraf sebagai masjid bandar sementara masjid lama akan terus beroperasi sebagai masjid iktikaf.Β Masjid Razaleigh yang dibina di tanah seluas 900,000 kaki persegi itu terletak di Bandar Lama Gua Musang dan mampu menampung lebih 3000 orang jemaah.

Majlis Daerah Gua MusangΒ 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

TelΒ  Β  : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua MusangΒ 

Kaunter Pelawat

Hari ini2
Semalam3
Minggu ini14
Bulan ini6
Jumlah136130

1
Online

03 Mei 2024
Β© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 24 April 2024, 16:51:02 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor