A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

LAWATAN PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG SPB-PBT KE MDGM

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) telah menerima kunjungan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) KPKT/JKT bagi tahun 2021 ke Ibu Pejabat MDGM pada 23 Mei 2022. Rombongan telah disambut meriah oleh YABrs. Tuan Haji Ab Pattah Bin Hasbullah (Yang Dipertua), YBrs. En Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Setiausaha), YBrs. Tuan Pen. Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan/Unit dan seluruh kakitangan MDGM. Pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT-PBT) adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Melalui sistem ini, semua PBT dijangka akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien dan berkualiti. SPB-PBT ini juga akan dapat mengurangkan tohmahan masyarakat terhadap PBT, justeru meningkatkan imej PBT. Di samping itu, SPB-PBT diharap dapat membantu PBT meneruskan lagi kesinambungan prestasi yang cemerlang pada masa akan datang. Objektif SPB-PBT ini disediakan adalah untuk menangani kelemahan-kelemahan serta isu-isu yang dihadapi oleh PBT seperti yang disebutkan sebelum ini. Oleh kerana itu, SPB-PBT diharapkan dapat menilai tahap pencapaian penyampaian perkhidmatan PBT, meletakkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai mengikut ranking agar PBT dapat meningkatkan daya saing (competitiveness) masing-masing dan mengemaskini ciri-ciri PBT yang berprestasi tinggi supaya PBT sentiasa menjaga dan memlihara tahap kecekapan dan keberkesanan organisasi.

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Semalam3
Minggu ini13
Bulan ini5
Jumlah136129

1
Online

03 Mei 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 24 April 2024, 16:51:02 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor