A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

PROGRAM RIDE AMAL MDGM KE LOJING HIGHLANDS

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG melalui Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan telah menganjurkan program MDGM Ride Amal ke Lojing Highlands pada 07 & 08 Julai 2023. Hari pertama, program bermula pada jam 8.00 pagi dengan seramai 30 orang peserta berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat MDGM dengan menaiki motosikal dan diberikan taklimat ringkas serta doa selamat sebelum memulakan perjalanan. Semua peserta selamat tiba di Masjid Long Tan Jajahan Kecil Lojing Highlands sebagai destinasi pertama program dan melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid. Selesai aktiviti gotong-royong, peserta program bergerak ke destinasi kedua iaitu di Glamping Site dan melakukan aktiviti memasang khemah sebagai tempat penginapan. Kemudian, peserta mendirikan solat maghrib secara berjemaah dan diiringi dengan tazkirah yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Sanusi Bin Yusoff daripada Pejabat Agama Jajahan Gua Musang sebagai penceramah jemputan. Setelah selesai solat berjemaah peserta disajikan makan malam secara BBQ dan melakukan aktiviti santai. Hari kedua, program diteruskan dengan dimulakan solat subuh berjemaah dan diiringi dengan tazkirah ringkas. Selepas selesai sarapan pagi, peserta meneruskan aktiviti yang dirancang iaitu menaiki ATV Advanture ke Kg. Renggil (kg. orang asli), aktiviti senaman dan taklimat ringkas dilakukan sebelum memulakan aktiviti dan ia merupakan acara terakhir sebelum semua peserta pulang ke Gua Musang.

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini2
Semalam1
Minggu ini11
Bulan ini3
Jumlah136127

1
Online

02 Mei 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 24 April 2024, 16:51:02 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor