Arkib Pengumuman
BORANG SOAL SELIDIK : ASPIRASI RAKYAT NEGARA BERDAYA HUNI
SOAL SELIDIK AWAM ASPIRASI MALAYSIA BERDAYA HUNI
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar & Desa) sedang menyediakan kerangka Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) sebagai pengukuran kesejahteraan rakyat berimpak tinggi. Keputusan iDAM ini penting untuk membolehkan pihak kerajaan mengetahui tahap kesejahteraan penduduk dan seterusnya membantu untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat selaras dengan Aspirasi Malaysia Berdaya Huni. Soal selidik ini adalah penting untuk membantu pihak PLANMalaysia merangka dan mendapatkan gambaran sebenar aspirasi rakyat. Terima kasih di atas kesudian tuan/ puan untuk sama-sama terlibat dalam membangunkan negara berdaya huni, sejahtera, mampan dan inklusif.
Suarakan aspirasi atau impian anda ke arah negara dan bandar yang berdaya huni dan sejahtera.
Klik Disini untuk paparan penuh
Segala kerjasama pihak YBhg. Dato’/YM/tuan/puan menjawab borang soal selidik ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.