KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA AIDILFITRI 1443H/2022M
MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA NEGERI KELANTAN telah mengadakan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri 1443H/2022M di R&R Rantau Manis Gua Musang pada 08 Mei 2022. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. En Nik Razak Bin Nik Hassan (Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang mewakili YABrs. Ketua Jajahan Gua Musang). Majlis turut disertai pemimpin-pemimpin tempatan, Ketua Jabatan/Agensi kerajaan dan kakitangan di Daerah Gua Musang. Dalam program tersebut pihak penganjur telah mengagihkan cenderahati 'Paper Bag' makanan kepada anak-anak perantau yang pulang berhari raya serta menyeru berhati-hati di jalan raya dan memandu dengan penuh berhemah ke destinasi masing-masing dengan selamat.