LAWATAN RASMI MDGM KE MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
PADA 26 JULAI 2022, MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Majlis Daerah Cameron Highlands. Rombongan lawatan diraikan serta diberi taklimat oleh YBrs. En. Mazlan Bin Mohamed Isa (Setiausaha) dan Pegawai Majlis Daerah Cameron Highlands berkenaan pengurusan cukai taksiran, perkhidmatan caj perlesenan, perancangan pengurusan perbandaran dan pengurusan hal ehwal korporat Majlis. Program ini diketuai oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha, Pen. Setiausaha & Ketua-Ketua Jabatan MDGM. Objektif lawatan ini bertujuan untuk berkongsi idea, pengalaman bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan prestasi pengurusan Majlis Daerah Gua Musang.