MDGM ANJUR KEJOHANAN LIGA PENALTI AMBANG MERDEKA KG. JEREK
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG melalui Ahli Majlis telah menganjurkan Kejohanan Liga Penalti Merdeka Tertutup Kg. Jerek Gua Musang pada 12 Ogos 2022 di padang awam Kg. Jerek Gua Musang. Kejohanan ini di bahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu kumpulan veteran dan belia. Objektif program ini adalah bagi memupuk silaturahim antara Ahli Majlis dan masyarakat setempat seterusnya dapat memahami permasalahan dan harapan rakyat terhadap perkhidmatan Majlis demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat kawasan masing-masing. Kejohanan ini telah dirasmikan dan penyampaian hadiah oleh YBrs. En. Mohd Sidek @ Mohd Saupi Bin Abd Razak Pegawai Seranta Dun Nenggiri bersama YBrs. En Mohd Noor Bin Che Ya Ahli Majlis Daerah Gua Musang. Pihak Majlis mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang dan berharap kejohonan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.