KARNIVAL BUMI HIJAU DAN MEMPERKASA KEBUN KOMUNITI GUA MUSANG
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG menganjurkan Program Local Agenda (LA21), Karnival Bumi Hijau dan Memperkasa Kebun Komuniti yang berlangsung pada 10 Jun 2023 (Sabtu) di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang. Program telah disempurnakan oleh YBrs. En. Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Setiausaha MDGM). Turut hadir Ahli-ahli Majlis, KKM, PDRM, FAMA, Pihak Pengurusan PPR dan Komuniti Penduduk PPR Gua Musang. Objektif program ini adalah bertujuan membangunkan kebun komuniti bandar yang sistematik, tersusun dan mampan di Gua Musang, menyemarakkan pembangunan kebun komuniti bandar di kawasan perbandaran, memupuk minat semangat kerjasama dan integrasi sosial di kalangan masyarakat melalui aktiviti kebun komuniti bandar, menyelaras kerjasama di antara agensi dan mewujudkan platform bagi menggalakkan penglibatan dan kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan kebun komuniti bandar dan menggalakkan komuniti menghasilkan makanan berkualiti bagi menyokong keperluan harian. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada agensi kerajaan/swasta/NGO serta komuniti tempatan.