MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA YDP, AHLI MAJLIS & KAKITANGAN 2023
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis & Kakitangan pada 24 Julai 2023 di Dewan Kompleks Serbaguna MDGM. Majlis telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Ab Pattah Bin Hasbullah (Yang Dipertua), turut hadir YBrs. Tuan Setiausaha, YBrs. Ketua WHIP, YBrs. Ahli-Ahli Majlis, YBrs. Penolong Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian/Unit dan semua kakitangan ke majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua WHIP dan seterusnya ucapan perasmian makan malam oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua. Majlis turut diserikan dengan acara meraikan kakitangan yang bersara wajib, sumbangan kebajikan kepada kakitangan oleh kelab KESUMA, cabutan bertuah dan seterusnya persembahan istimewa kakitangan kumpulan Dikir Barat Suara Muda Majlis Daerah Gua Musang. Majlis telah berlangsung dengan penuh muhibbah dan jayanya.