Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Sitemap 1

Phonebook

Feedback 1

Faq 6

Call 2

LADANG MUSANG KING (GUA MUSANG) KELANTAN DIIKTIRAF TERBESAR DI MALAYSIA

GUA MUSANG - Kerajaan Negeri Kelantan berbangga dengan pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ ke atas Sindiyan Eco Park yang disenaraikan sebagai ladang penanaman durian jenis Musang King terbesar di Malaysia. Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hassan mengucapkan tahniah atas pengiktirafan berprestij yang diterima pemiliknya, Sindiyan Plantation Sdn. Bhd. Katanya, ladang berkeluasan 7,233 ekar tersebut ditanam 163,677 pohon durian Musang King. Oleh itu, kerajaan negeri berharap hasil usaha itu dapat membawa nama Kelantan di rantau Asia bahkan ke luar negara suatu masa nanti. Tambahnya, durian Musang King atau lebih dikenali sebagai durian Raja Kunyit oleh penduduk setempat memang berasal dari Pulau Raya, Tanah Merah, Kelantan. “Melihat persekitaran ladang yang menawan, amat sesuai dimanfaatkan menjadi agrotourism untuk dilawati pelancong domestik dan antarabangsa. Kita juga berusaha untuk tidak lagi bergantung kepada pusat pengumpulan buah-buahan di luar negeri. Oleh itu, kita berharap produk durian Kelantan dapat disimpan dan diproses untuk di eksport menggunakan lambang Kelantan. Projek ini juga dapat menambah lebih banyak peluang pekerjaan daripada 400 pekerja sedia ada,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Ladang Durian di Sindiyan Eco Park, Lojing, hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia dan Keusahawanan, YB. Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB. Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail, Pengerusi Sindiyan Agropark, Datuk Roshaimi Razak serta Ketua Pegawai Eksekutif Hernan Corporation Sdn. Bhd, Datuk Anna Teo.
 
(Sumber : Facebook Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan)

Dasar Privasi