KURSUS MOTIVASI PENGURUSAN DAN KERJA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan Kursus Motivasi Pengurusan Dan Kerja pada 2 Oktober 2023 (Sabtu) di Dewan KESUMA Majlis Daerah Gua Musang yang disampaikan oleh penceramah jemputan Puan Norhayati Binti Muhamad (Pegawai Psikologi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Kelantan). Objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan motivasi dan semangat kerja serta memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Kursus ini juga bertujuan memperkasakan kemahiran kepimpinan, memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain.