Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN MDGM vs MBKT

Imbasan Perlawanan Persahabatan di antara Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu pada 21 Oktober 2023. Perlawanan ini diserikan dengan kehadiran istimewa YBhg. Datuk Bandar Tuan Haji Rosli Bin Latif dan ketua-ketua Pengarah MBKT turut menyertai perlawanan persahabatan ini. Majlis Daerah Gua Musang diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Hamdan Bin Ubaidah Setiausaha, Pen. Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan serta kakitangan MDGM. Perlawanan persahabatan ini di adakan bertujuan mengeratkan hubungan strategik warga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di antara MDGM dan MBKT. Selain itu, mengamalkan budaya gaya hidup sihat, perlawanan persahabatan ini telah di menangi oleh MDGM dengan keputusan 3-2. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada MBKT dan MDGM kerana sudi bersama-sama menyertai perlawanan persahabatan ini. Insyaallah kita jumpa lagi.

Dasar Privasi