SESI LIBAT URUS PEKELILING PERKHIDMATAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA) OLEH BPSM SUK
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG dengan kerjasama BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN telah menganjurkan sesi libat urus pekeliling perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada semua kakitangan Majlis Daerah Gua Musang pada 11 November 2024 di Dewan Mahamad Husin MDGM. Objektif sesi libat urus ini adalah untuk memberi ilmu kefahaman yang jelas kepada semua kakitangan tentang kepentingan perlaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang akan di laksanakan oleh kerajaan. Majlis telah diraikan oleh YBrs. En Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Setiausaha MDGM), Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian dan semua kakitangan tetap MDGM.