Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

PROGRAM IHYA' RAMADAN DAN SANTUNI KAUM GUA MUSANG 2025

    PADA 11 RAMADAN 1446H / 12 MAC 2025,  Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan & Pelancongan Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan program ihya' ramadan dan santuni kaum Gua Musang 2025 yang berlangsung di perkarangan Masjid Buluh Gua Musang. Program telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah (Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua MDGM). Majlis turut dihadiri oleh YABrs. Tuan Shahiran Bin Sha'ari (Ketua Jajahan Kecil Lojing), YBrs. Tuan Setiausaha, YBrs. Penolong Setiausaha, YBrs. Penyelia Dun Nenggiri, YBrs. Ustaz Azman Bin Ahmad (Ketua WHIP), YBrs. En. Fazli Bin Mohd Zain (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan & Pelancongan MDGM), YBrs. En. Ibrahim Bin Mat (Pengerusi Masjid Buluh Gua Musang), Ahli-Ahli Majlis, Pegawai MAIK, Pegawai Agro Bank, wakil Jabatan di Jajahan Gua Musang, ketua-ketua unit dan kakitangan. Semua hadiah untuk penerima sumbangan telah di taja oleh MDGM, MAIK, Masjid Buluh Gua Musang dan Agro Bank sempena meraikan keberkatan bulan Ramadan Al-Mubarak. Majlis diraikan dengan tazkirah ringkas, ucapan daripada wakil semua kaum di Gua Musang, sesi penyampaian hadiah/sumbangan, tazkirah dan iftar bersama semua kaum di Gua Musang.

    Dasar Privasi