KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) KELANTAN KE MAJLIS DAERAH GUA MUSANG
GUA MUSANG, 19 MEI 2025 - Pengarah Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan, Tuan Haji Mohd Zawawi bin Ahmad hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan telah disambut oleh Encik Ahmad Hamdan Bin Ubaidah, Setiausaha MDGM (mewakili Yang Dipertua MDGM), Encik Wan Mohd Afiq Bin Wan Alias, Penolong Setiausaha MDGM dan pegawai-pegawai kanan MDGM. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama strategik serta peluang kolaborasi bagi memastikan kesedaran dan meningkatkan penguatkuasaan terhadap akta yang dikawalselia oleh kedua-dua pihak. Selain itu, SSM Kelantan juga mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) dan Akta - Akta yang dikawalselia oleh SSM. Turut hadir bersama Pengurus Seksyen Penguatkuasaan, En. Ruslan bin Daud dan Eksekutif, En. Madzlaan Dollah. Kunjungan hormat ini merupakan medan jalinan erat dalam memperkasakan kedua-dua agensi bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.