MAJLIS SAMBUTAN PENGHAYATAN HARI WUKUF PARLIMEN GUA MUSANG 1446H
PADA 09 ZULHIJJAH 1446H / 06 JUN 2025, berlangsung majlis Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Parlimen Gua Musang sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha di dataran Masjid Buluh Gua Musang. Majlis diserikan dengan kehadiran istimewa YABrs. Encik Mohd Roshdi Bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang. Turut hadir YBrs. Ketua WHIP, YBrs. Penyelia Dun Galas, YBrs. Ahli-Ahli Majlis, pemimpin-pemimpin tempatan, kakitangan dan rakyat Gua Musang. Sambutan dimeriahkan dengan slot ceramah ilmu agama oleh pengkuliah jemputan Al-Fadhil Ustaz Nik Hamdi Bin Abdul Ghani. Sambutan berlangsung dengan jayanya dan penuh keilmuan penghayatan hari wukuf.