Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

LAWATAN PENANDA ARAS KAJIAN PELAKSANAAN DAN PENERIMAAN AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAМ 2007 (AKTA 672) NEGERI KELANTAN KE NEGERI KEDAН

    PADA 11 SAFAR 1447H / 05 OGOS 2025, Lawatan penanda aras SUK Kelantan telah diadakan bagi meninjau dan mempelajari pelaksanaan serta penerimaan Akta 672 atau Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSPPA) 2007 ke negeri Kedah, sebagai rujukan kepada perancangan pelaksanaan di Negeri Kelantan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai amalan terbaik (best practices), cabaran, serta keberkesanan pelaksanaan Akta 672 yang telah dikuatkuasakan di Negeri Kedah. Delegasi dari Kelantan terdiri daripada wakil-wakil kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), dan agensi berkaitan yang terlibat secara langsung dalam bidang pengangkutan awam. Lawatan ini telah memberi input yang berguna dan menjadi asas penting dalam menyusun strategi penerimaan serta pelaksanaan Akta 672 di Kelantan. Perkongsian maklumat dan pengalaman daripada Kedah dapat membantu Kelantan merangka pendekatan yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan keperluan tempatan.

    Dasar Privasi