MAJLIS SUMBANGAN BAKUL RAYA AIDILFITRI MDGM 2026
GUA MUSANG, 16 MAC 2026 (ISNIN) – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Raya kepada seluruh kakitangannya sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Shuhairy bin Samsudin, Setiausaha merangkap Penasihat Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial (KESUMA) MDGM. Penyampaian sumbangan ini merupakan inisiatif Kelab KESUMA dengan sokongan pihak pengurusan MDGM bagi membantu meringankan beban serta menceriakan kakitangan dalam membuat persiapan menyambut lebaran. Pihak pengurusan MDGM berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat memberi kegembiraan kepada seluruh kakitangan, di samping mengukuhkan semangat kebersamaan, perpaduan serta hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra ini mencerminkan komitmen berterusan MDGM dalam menjaga kebajikan kakitangannya selaras dengan nilai-nilai murni perkhidmatan awam.