A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

SUNGAI NENGGIRI & RANGKAIAN JERAM

Sungai Nenggiri merupakan rangkaian utama sistem saliran sungai di Jajahan Gua Musang yang menawarkan aktiviti lipur diri kepada pengunjung khususnya bagi aktiviti berkayak dan berakit selain aktiviti memancing. Ia mempunyai lebih daripada 40 buah jeram (rapid) dan amat sesuai untuk aktiviti berakit dan berkayak berteraskan eko-pelancongan.

Sungai Nenggiri dan anak sungainya menjadi sistem perhubungan utama bagi petempatan di kawasan pedalaman saperti perkampungan orang asli Pos Brooke, Pos Mering dan Pos Pulat, Kg. Kuala Jenera, Kg. Kuala Penep dan sebagainya. Antara aktiviti yang dijalankan bagi menarik pelancong ialah `Nenggiri River Cruise' iaitu perjalanan sejauh 50 kilometer dengan menaiki bot / rakit yang bermula di pengkalan jeti Kuala Betis hingga Kg. Setar.

Ia merupakan pakej lawatan 3 hari 2 malam dan 2 hari satu malam yang dianjurkan oleh agensi pelancongan untuk pelancong berkumpulan. Antara tempat yang dilawati disepanjang perjalanan termasuklah Gua Cha (tapak bersejarah zaman purba) dan perkampungan orang asli Kuala Jenera dan Pos Pulat (menghayati budaya dan gaya hidup).

Selain daripada itu, pihak KESEDAR dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dan Majlis Belia turut menganjurkan acara tahunan `Nenggiri Challenge' iaitu acara berkayak yang melibatkan bukan sahaja peserta tempatan tetapi peserta luar negara saperti Switzerland, Thailand, Singapura dan Indonesia. Ia bermula di pengkalan jeti Gua Cha dan berakhir di Kg. Setar termasuk bermalam di Pos Pulat.

Lokasi
Terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Gua Musang melalui jalan tempatan (D30) menuju ke Kuala Betis. Kuala Betis merupakan pintu masuk (Check Point) atau tempat bermula aktiviti-aktiviti dan semua tarikan terletak di sepanjang Sungai Nenggiri.

Pengangkutan
Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad beroperasi ke Gua Musang setiap hari dari selatan Semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur melalui dua rel utama iaitu Ekspres Wau dan Ekspres Timuran. Dari Kota Bharu, bas ekspres Transnasional No.8 beroperasi 4 perjalanan sehari ke Gua Musang.

Tiada perkhidmatan pengangkutan awam beroperasi ke Kuala Betis. Para peserta melalui pakej-pakej kebiasaannya disediakan kenderaan khusus. Jenis kenderaan yang paling sesuai ialah pacuan empat roda kerana struktur jalan tanah merah yang licin dan berbukit.

Tarikan
Sungai Nenggiri merupakan satu tarikan eko-pelancongan yang sedang membangun di Negeri Kelantan.  Lembangan Sungai Nenggiri yang popular dengan aktiviti berakit turut mempunyai "santuari ikan kelah" yang dipercayai boleh mencapai berat sehingga 25 kg. Di sepanjang sungai ini, terletak  rangkaian gua-gua bersejarah yang pernah menjadi tempat penyelidikan arkeologi dengan penemuan rangka manusia pada zaman batu seperti Gua Cha dan Gua Peralen yang menjadi kemestian lawatan di dalam pakej-pakej berkaitan Sungai Nenggiri.  Terdapat beberapa penempatan kaum orang asli di sepanjang sungai yang masih mengamalkan cara hidup secara nomad.

Aktiviti
Berakit

  1. Melalui jeram-jeram yang mencabar sejauh 30 kilometer (Jeram Setar, Jeram Piung, Jeram Rucing dan lain-lain)
  2. Ciri-ciri keselamatan diutamakan
  3. Pemandu pelancong yang berpengalaman
Lawatan
  1. Lawatan boleh dibuat melalui persendirian dan juga pakej
  2. Perlu berhati-hati permukaan tanah lompong dan bahaya akibat proses carigali
  3. Tiada  fakta  informasi berbentuk dokumentasi berkaitan dengan Gua Cha dan Gua Peralen
Pengalaman Tradisi Orang Asli
  1. Mempelajari tradisi kaum Temia dan Batik
  2. Pelawat diberi peluang  mencuba pelbagai demontrasi
Berkelah
  1. Berkelah di beberapa tempat disepanjang Sg. Nenggiri
  2. Hanya boleh sampai dengan menaiki bot/ rakit sahaja
  3. Mempunyai sumber air terjun yang bersih
Tracking
  1. Terdapat beberapa laluan (ke Gua Pintu, Bukit Peralen)
  2. Kesemua laluan mencabar
  3. Mengambil masa antara 2-3 jam (bergantung kepada jumlah peserta)
  4. Alat-alat persediaan asas tracking perlu disediakan oleh peserta
  5. Perlu menggunakan jurupandu
  6. Keselamatan diambil kira
Kemudahan Asas
  • Papan tanda dalaman
  • Surau
  • Rumah rehat / penginapan (Pos Pulat)
  • Tandas
  • Rumah rehat / penginapan untuk lelaki (Pos Tohoi)
  • Rumah rehat / penginapan untuk perempuan (Pos Tohoi)

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini0
Semalam2
Minggu ini10
Bulan ini50
Jumlah136052

1
Online

29 Mac 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 09:26:07 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor