MASJID BULUH GUA MUSANG
KEUNIKAN masjid diperbuat daripada buluh dikenali ‘Masjid Buluh’ pertama dibina di Kelantan sering menjadi pilihan musafir, terutama pengguna jalan raya yang berhenti untuk menunaikan solat. Terletak di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran gua batu kapur di Gua Musang, masjid itu memberi keselesaan untuk mereka berhenti rehat, terutama kepada orang ramai yang balik ke kampung pada musim perayaan. Masjid Buluh dibina oleh Majlis Daerah Gua Musang itu lengkap dengan kemudahan asas dan tempat parkir kereta yang luas, sekali gus menjadi pilihan tepat musafir dalam perjalanan ke destinasi tujuan mereka. Masjid Buluh juga akan dijadikan salah satu destinasi pelancongan yang unik amnya di Gua Musang khususnya di Negeri Kelantan.