MUSE ECOPARK
Ramai yang menyukai aktiviti lasak termasuk memanjat gunung/gua yang merupakan kepuasan buat individu yang sukakan cabaran. Tidak kenal erti takut atau penat tetapi asal hati suka, kaki akan melangkah menuju tempat disukai. Bagi mereka yang ada rancangan ingin bercuti ke Kelantan, apa kata singgah sebentar di Gua Musang kerana ada satu lagi destinasi pelancongan baru dibuka iaitu Muse Ecopark yang terletak di perkarangan Masjid Buluh Gua Musang.
Aktiviti boleh dilakukan seramai 2-3 orang satu sesi yang mengambil masa selama setengah jam sahaja. Manakala, jika kumpulan yang ramai mungkin lebih masa diperlukan. Keselamatan pengunjung akan dipantau oleh tiga orang instructor bagi menjaga keselamatan iaitu dari depan, belakang dan dari platform pada ketinggian 40 meter dan aktiviti flying fox pada ketinggian 15 meter.